Sunday, December 25, 2016

travelog krabi-hatyai : day 1- travel day

cobaan suara satu..dua..tiga..

satu..dua..tiga.. :p

assalamulaikum uolls. rindu kita ke?haha ok dah xyah perasan.

ok kembali kepada tajuk.

actually sy banyak update kat instagram je. lelagi pasal bajet ni.
saja malas nak share kat fb sebab ada stalker di situ. haha amboi!

kat ig ada berapa follower entah, yang rapat rapat dengan kita je.
actually instagram tu tempat menyimpan kenangan je sebenarnya. tak mengharap ramai follower pun.

tapi disebabkan ada beberapa permintaan untuk update kos ke krabi secara details, maka kita tak sampai hati nak hampakan permintaan orang. hihi.
kita kan suka share info, semoga bermanfaat lah kiranya kepada sesiapa yang plan nak ke krabi ye.

orait--sesambil sembang kita letak la kos kos kami ke krabi ye.
oh ya, kami ke krabi hari tu 19 disember - 21 disember 2016.

sebenarnya kalau nak ke krabi ni seeloknya elakkan hujung tahun, sebab hujung tahun ni musim hujan.
risau pulak ombak bergelora then tak boleh la nak beraktiviti laut dan sebagainya.

tapi sebab kami pergi by group, which is 18dewasa dan 7kanak-kanak, ada beberapa orang cikgu pulak (well u know cikgu mana ada cuti selain cuti sekolah weyy) maka terpaksa lah kami pilih bulan disember jugak.

alhamdulillah masa kami pegi tu takdela hujan sepanjang masa. even masa kami buat island hoping tu, cuaca baik je, cuma masa kat last island tu hujan renyai renyai.
tapi kalau cuaca terik mesti gambar lagi lawa :)
sebelum gerak sila buat checklist apa nak bawak ye. kang tak cukup barang, bad mood pulak korang nak holiday

kami drive sendiri ke krabi. gerak dalam group yang besar ni, drive lebih menjimatkan berbanding naik flight. kalau drive sendiri, masa lebih fleksibel, takde terkejar-kejar masa lagi lagi nak menunggu ramai orang ni. nak gerak kul berapa tu ikut suka kita.

then nak bawak barang banyak mana pun okay. anak-anak lebih selesa boleh golek golek dalam kereta, boleh makan minum melompat sesuka hati dorang semasa dalam perjalanan.

cuma mungkin bila drive ni penat skit la kan. but then ia bukan masalah besar sebab masing-masing semangat nak explore krabi haha.
geran kereta asal dan passport jangan lupa bawak
baiklah--untuk memandu ke thailand, jangan lupa bawa geran kereta asal anda. apa? geran kat bank lagi? dun worry..kalau bayaran bulanan elok, bank boleh je release geran kereta asal anda :)

kena buat passport dengan kos rm200 seorang dewasa dan rm100 seorang kanak-kanak. passport ni tempoh dia 5tahun, tapi bila kita nak ke oversea (wau oversea you..) pastikan passport hidup at least 6bulan lagi masa kita travel tu. jangan pulak passport nak mati lagi 3bulan kau pi gasak nak masuk border pulak. kena halau balik nanti huhuuuu.

jangan lupa pastikan kereta dalam keadaan baik, tayar kereta semua ok, kereta dah servis dll--part ni kita serahkan kepada encik suami ye.

my diy first aid kit
untuk yang membawa anak kecik, kena extra care la. jangan lupa ubat ubatan anak anak anda.. macam sy bawak je madu, habbatussauda, ubat kuning la, kapas la, tisu la.
yang bawak anak kecik beringat la sikit, jangan la over sangat nak beraktiviti sampai mengabaikan keselamatan dan kesihatan anak anak. pastikan anak anak cukup rehat walaupun semasa bercuti okay!

border--rantau panjang
actually sebelum bergerak ke thailand, kami bermalam di Kuala Terengganu, rumah sepupu sy. kiranya kami bercuti terengganu dulu, then baru ke krabi dan hatyai.
kami masuk thailand ikut rantau panjang kelantan.

sebenarnya kalau masuk dari bukit kayu hitam atau padang besar lebih dekat. tapi sebab kami dah kat KT, kami masuk ikut rantau panjang la. 

kami subuh di masjid beijing rantau panjang. memang plan nak masuk border seawal mungkin (kaunter bukak dalam pukul 6am) sebab perjalanan rantau panjang-krabi adalah sangat jauh okey. kat rantau panjang ni siap siap isi minyak full tank sebab minyak kat thailand lebih mahal compared to malaysia.

imigresen malaysia-pandu lalu je
untuk masuk ke thai, first step kita akan melalui imigresen malaysia.
kat sini pandu lalu tunjuk passport je, so takyah risau pape. jalan je.

then kita akan masuk imigresen thailand, kat sini semua orang kena turun sebab nak cop passport.
bangunan imigresen thailand kat sungai golok
pegi park kereta, masuk bangunan imigresen ni then silakan berjumpa abang di bawah.
abang ni akan isikan white card kita, tapi make sure selitkan rm2 dalam setiap passport. ini tips untuk kesusahpayahan dia tolong kita isi white card. korang jangan kedekut nak bagi tips ye kang dia tak bagi korang masuk thai baru tau!

tq abam isikan kad putih
so kita just duduk goyang kaki je tunggu dia isi haha.

then kita ke kaunter tu untuk cop passport. haaa kat sini la semua orang kena tunjuk muka masing-masing.
ada kamera kat kaunter so senyum sketttt ;p

imigresen thailand-semua kena turun cop passport
lepas siap cop semua passport, para pemandu perlu ke kaunter belah kanan untuk beli insurans kereta.
harga insurans bergantung kepada cc kereta. kereta kami Livina Xgear kena bayar RM30 untuk insurans ni.
rupa paras dokumen insurans tersebut

dah siap semua urusan passport dan insurans kereta, maka selamat datang ke thailand! sawadikapppppppp!!

oh ya, kalau korang jenis cepat kebulur boleh je bungkus siap-siap makanan pagi korang. macam kami, masa kat rantau panjang tu kami bungkus nasi dan lauk, then lepas siap urusan cop passport dan beli insurans kereta tu, kami makan dulu kat perkarangan bangunan imigresen tu.

welcome to thai
memula masuk thailand semua orang excited, lepas beberapa minit terus goneee semua penumpang sebab mengantuk. haha gerak awal pukul 2 pagi kot dari Kuala Terangganu, pastu makan nasi pulak pepagi tu..hmmm memang tido laa.

sy sedar sedar je dah kat narathiwat.
singgah beli simkad dulu.
eh penting ke simkad ni? mestilah penting sebab masing-masing tak roaming phone, mana nak dapat internetnya.
waze adalah nyawa kami masa kat sini okay, so wajiblah kena ada internet.

kedai di narathiwat
simkad thailand murah aje. lebih murah berbanding uolls roaming nombor malaysia korang tu. simkad AIS dengan data internet 5gb untuk 5hari seperti di bawah ini berharga 200baht (kos all in termasuk nak aktifkan kad semua) kalau convert ke duit Malaysia baru RM 25.40.


meneruskan perjalanan..jauh oo berjalan. kami ambik masa 10jam kot dari Rantau Panjang. dari awal pagi sampai la ke Krabi dalam 8.30malam. kalau ikut Padang Besar Perlis, perjalanan mungkin dalam 6-7jam je.

travel lime kereta
bila travel beramai-ramai macam ni, benda paling memudahkan ialah WALKIE TALKIE. sangat sangat senang bila guna ni so korang kalau dalam group jangan lupa masukkan dalam list okey!
 
highway thai cantik dan takde tol ;p sebab takde najib kot kan kahkahkah
stesyen minyak thai
ada banyak stesyen minyak thai, nak menyebutnya pun taktaulaa. tapi yang pasti harga minyak kat Thailand lebih mahal dari harga kat Malaysia, pastu harga minyak untuk setiap stesyen kat sana tak sama.

kalau kita kat malaysia ni petronas ke shell ke petron ke semua sama harga kan. kalau kat sana, setiap syarikat tu tak sama harga. tapi best past is harga minyak dipampangkan sebesar besar alam kat pintu masuk stesyen minyak tu. so boleh la buat comparison.

yang sempat kami teliti, shell kat sana paling mahal antara semua stesyen. haha shell pun ada tau.

shell thailand-nampak tak harga minyak dipaparkan besar besar di situ?
papan harga minyak-semua ada value sebenarnya tapi entah nape takleh snap
toilet dalam tandas kat petrol pump ada kolah hihi
sepanjang jalan, pemandangan agak cantik, macam macam tempat yang kami lalu.
kami singgah pattani untuk lunch dan solat jamak zohor-asar.

kos makan lunch satu kumpulan 755baht = RM95.86
saya syak makanan kat pattani murah sebab makan kat krabi pun tak semurah ini.

ada kincir angin yang banyak :)

menyempat je masa berhenti petrol pump ada orang nak g toilet ;p

burung besauuu

then kami terus shoot ke krabi, check in Oscar Villa.
untuk panduan sy letak harga bilik oscar villa ye.

plan asalnya, kami book dua villa--kekonon satu villa lelaki dan satu villa perempuan. kami siap bawak toto bagai. setiap villa ada dua bilik dan ada ruang tamu.
harga satu villa untuk satu malam adalah RM283.30..tapi orang kaunter tu kata kalau book by phone lebih murah. hmmm..


tapi sadisnya masa nak check in tu dorang tak bagi kami duduk ramai ramai seperti yang dirancang. dorang insist jugak utk ikut 4dewasa per villa.
maka kami kena tambah lagi dua villa dengan kos 1600baht per villa per night (RM203.20)
yang tambah ni murah sikit sebab dia ada satu je bilik, pastu satu lagi katil queen dia letak kat ruamg tamu je. leh imagine tak?

disebabkan dah penat plus lapar plus malas nak fikir, kami bayar je la dua villa yang baru tu. nasib baik la ada duit tabung group.

so kalau korang pegi krabi, make sure check betul betul terms and condition hotel tersebut okay. sy rasa kalau survey lagi boleh dapat hotel yang lebih murah.

takpelah, nasib kami kot :( sob sob.

lepas check in semua, kami gi makan. this time tak semua ikut makan. ada yang dah penat then terus tido je.
so kami makan bayar sendiri sendiri.
restoran firdaus kot nama dia tak ingat dah--kat pekan aonang je
sy suami dan anak anak makan tiga jenis makanan (nasi goreng tomyam, nasi goreng seafood, satu lagi tak ingat apa--dengan dua air teh o ais kot) total bayar 400baht. agak mahal bagi sy sebab convert duit malaysia RM50.80) mahal la makan limaploh hengget untuk family kecik kami kan.

sambil tunggu makanan kami survey pakej island hoping. pakej ni kena survey dan tawar menawar tau. sebab lain tempat lain harganya. yang ni share next entry okeh!

871.7km Kuala Tganu - Rantau Panjang - Krabi in one day phewwww :)

TOTAL BUDGET DAY 1

insurans kereta : RM30
simkad thailand : 200 baht
lunch group besar : 755 baht
dinner family kecik : 400 baht

*nak tukar duit baht ke duit malaysia sila darab 0.127 ikut kadar tukaran masa kami pegi tu*
*kadar tukaran ni sentiasa berubah ubah*

No comments:

Post a Comment